Posts

RUMUSAN

  Rumusan   Rumusan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah, faktor dalaman sekolah dan peranan guru sangat memainkan peranan yang penting. Hal ini kerana, faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru dan sebarang interaksi yang berlaku dalam kalangan pelajar dan guru sudah pasti akan dapat menyumbang kepada pencapaian dan pembentukkan sahsiah murid-murid. Para guru juga perlu menerapkan situasi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif, efisien, dan produktif supaya dapat meningkatkan lagi kecenderungan dan minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.        Selain itu, persekitaran kawasan sekolah dengan masyarakat setempat juga sangat memainkan peranan yang amat penting dalam isu ini. Perkara ini dikatakan sedemikian kerana, persekitaran kawasan sekolah yang selamat dan selesa juga akan menyebabkan para pelajar akan berasa seronok untuk ke sekolah dan sentiasa berasa selamat berada dalam perkarangan kawasan sekolah. Hubungan