RUMUSAN

 

Rumusan

 

Rumusan yang dapat dibuat daripada kajian ini ialah, faktor dalaman sekolah dan peranan guru sangat memainkan peranan yang penting. Hal ini kerana, faktor-faktor dalaman sekolah seperti gaya kepimpinan, peranan para guru dan sebarang interaksi yang berlaku dalam kalangan pelajar dan guru sudah pasti akan dapat menyumbang kepada pencapaian dan pembentukkan sahsiah murid-murid. Para guru juga perlu menerapkan situasi pengajaran dan pembelajaran dengan lebih kreatif, efisien, dan produktif supaya dapat meningkatkan lagi kecenderungan dan minat pelajar untuk belajar dengan bersungguh-sungguh.

 

     Selain itu, persekitaran kawasan sekolah dengan masyarakat setempat juga sangat memainkan peranan yang amat penting dalam isu ini. Perkara ini dikatakan sedemikian kerana, persekitaran kawasan sekolah yang selamat dan selesa juga akan menyebabkan para pelajar akan berasa seronok untuk ke sekolah dan sentiasa berasa selamat berada dalam perkarangan kawasan sekolah. Hubungan kerjasama yang baik antara pihak sekolah dengan komuniti setempat akan dapat mengeratkan lagi hubungan silaturahim antara kedua-dua pihak ini. Hubungan ini juga boleh dibentuk lagi melalui penganjuran program-program yang membabitkan dengan kerjasama pihak komuniti seperti program hari keluarga, kejohanan merentas desa, sambutan maulidurasul bersama komuniti, dan sebagainya akan menyebabkan keakraban dalam hubungan silaturahim antara satu sama lain. Persekitaran sekolah yang kondusif, aman, tenteram dan baik secara tidak langsung akan membangkitkan semangat motivasi kepada para pelajar.

 

    Akhir sekali, PIBG juga tidak terkecuali sangat membantu dalam menyelesaikan isu ini. PIBG sangat memainkan peranan dalam meningkatkan lagi prestasi sekolah. Hal ini dikatakan sedemikian kerana, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)  merupakan sebuah organisasi yang sangat penting bagi sesebuah sekolah kerana PIBG berhubung sebagai orang tengah yang sangat penting antara guru dan ibu bapa. Sebarang kelemahan,ketidakpuasan hati, dan permasalahan yang dihadapi akan diselesaikan dengan pembabitan kerjasama daripada pelbagai pihak yang  yang bertanggungjawab dan berwajib berkaitan persekolahan. Penglibatan aktif PIBG juga akan dapat memberikan dan menambahkan lagi semangat motivasi yang tinggi terhadap pelajar. Pengurusan PIBG yang cemerlang dan efisien sudah semestinya akan dapat melahirkan sekolah yang cemerlang dan terbilang dari segi akademik dan juga sahsiah peribadi mulia pelajar.

 

 Blog Kumpulan: https://kps3014-group6-sekolahdanpersekitaran.blogspot.com/

Blog Ahli Kumpulan:

1.NURUL AMISHA MUHAMAD RODZI (D20191088429)

 https://kps3014nurul.blogspot.com/?m=1

2.KHAIRATUN NIKMAH BT TIBRANI (D20192092097)

 https://sekolahhdanpersekitaran.blogspot.com/2020/12/post-pertama.html

3. ANNUR ANISE BT MUHAMMAD NOR HAKIM (D20191088505)
https://kps3014-teoridanmetodologi.blogspot.com/

4. NUR IFFA NAJIHAH BINTI ZAIDI (D20192091824)

https://nuriffanajihah.blogspot.com/2020/12/kajian-sekolah-dan-persekitaran-5.html

5. SYAZA SAHIRA BT AMINUDDIN (D20192091835)

 https://syazasahirabintiaminuddin.blogspot.com/

6. NOOR AZZIANI BT KAFLI (D20192091413)

 https://azyanie11.blogspot.com/2020/12/rumusan.html

Comments